KELAB GURU DAN KAKITANGAN

SMK VIVEKANANDA

JALAN ROZARIO, BRICKFIELDS

50470 KUALA LUMPUR

­­­­­­­­­­­­­­

PERLEMBAGAAN KELAB GURU DAN KAKITANGAN SMK VIVEKANANDA

(KGK SMKV) 2018

 

PENASIHAT  : EN. THANGAPERUMAL A/L ANDIMUTHU AMW

PENGERUSI  : EN.PUNETHN SUPERMINIUM

 

  1. Tujuan

Memupuk semangat kerjasama, menjalin silaturrahim serta menjaga kebajikan ahli agar suasana bekerja di

SMKV lebih kondusif dan produktif.

 

  1. Keahlian
    • Semua guru dan kakitangan SMKV adalah menjadi ahli secara langsung selama mana masih bertugas di sekolah ini.
    • Seseorang guru dan kakitangan akan terhenti keahliannya jika :-
      • Bertukar ke sekolah lain;
      • Berhenti kerja atau bersara

 

  1. Yuran
    • Setiap ahli diwajibkan membayar yuran kelab sebanyak RM150 setahun yang dinamakan Wang Tabung Kelab.
    • Pungutan yuran akan dijalankan oleh bendahari kelab yang dilantik. Pembayaran boleh dibuat dengan cara :-
      • Bayaran penuh sebanyak RM150;
      • Tiga kali setahun : RM50 (Januari) , RM50 (Februari) dan RM50 (Mac)

 

  1. Sumber kewangan
    • Yuran keahlian
    • Sumbangan dan derma
    • Lain-lain sumber kewangan yang dibolehkan oleh undang-undang.

 

  1. Kegunaan wang tabung kelab
    • Hadiah untuk ahli-ahli yang bertukar atau bersara dengan syarat berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di SMKV.
    • Membeli pelbagai peralatan yang sesuai untuk kegunaan dan keperluan semua ahli KGK SMKV.
    • Membeli hadiah guru dan kakitangan yang bersalin anak pertama sahaja semasa berkhidmat di SMKV.
    • Jamuan majlis/ aktiviti KGK SMKV.
    • Jamuan tahunan akan diadakan pada hujung tahun untuk semua ahli KGK SMKV.
    • Hadiah perkahwinan ahli KGK SMKV.
    • Khairat kematian ahli KGK SMKV.
    • Mana-mana perbelanjaan yang dipersetujui dalam mesyuarat AJK Tertinggi KGK

 

  1. Jawatankuasa KGK SMKV
    • Kelab hendaklah diuruskan oleh satu jawatankuasa yang dilantik sebagai Jawatankuasa Tinggi KGK SMKV oleh ahli-ahli kelab pada setiap mesyuarat agung tahunan.
    • Ahli jawatankuasa KGK SMKV hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan masih lagi berkhidmat di SMKV.
    • Ahli yang hadir semasa mesyuarat agung layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa KGK SMKV manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli jawatankuasa KGK SMKV.
    • Pemilihan jawatankuasa dilakukan secara undian.
    • Ahli jawatankuasa boleh dilantik oleh pengerusi tanpa mengadakan mesyuarat.
    • Ahli jawatankuasa yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada pengerusi.
    • Ahli jawatankuasa hendaklah terdiri daripada :-
      • Seorang Penasihat
      • Seorang Pengerusi
      • Seorang Naib Pengerusi
      • Seorang Setiausaha
      • Seorang Bendahari
      • Seorang Naib Bendahari
      • Lima orang AJK sesi pagi
      • Lima orang AJK sesi petang
      • Seorang wakil kakitangan
      • Semua guru dan kakitangan sebagai ahli
    • Sebuah jawatankuasa seperti berikut telah dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Sila rujuk carta organisasi di lampiran.
    • Ahli jawatankuasa tertinggi yang dilantik akan dikecualikan daripada dilantik semula untuk tempoh lima(5) tahun.

 

  1. Mesyuarat Agung Tahunan
    • Mesyuarat Agung akan diadakan selepas Mesyuarat Guru 1 pada setiap tahun.
    • Mesyuarat AJK akan diadakan sepenggal sekali atau mengikut keperluan.

 

  1. Pindaan Perlembagaan
    • Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
    • Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli bersama Ahli Jawatankuasa KGK SMKV semasa Mesyuarat Agung Tahunan.
    • Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh pengerusi dan Ahli Jawatankuasa KGK SMKV dan ahli akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
    • Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah disahkan oleh pengerusi.

 

  1. Pembubaran Kelab
    • Kelab akan dibubarkan pada mesyuarat agung terakhir bagi tahun semasa.

Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.