resize-entrance

SMK Vivekananda juga dikenali sebagai Vivekananda Secondary School (VSS) adalah salah sebuah sekolah yang tertua di Brickfields, Kuala Lumpur dibina oleh The Vivekananda Ashrama. Sekolah ini mendapat namanya sempena Swami Vivekananda, seorang ahli falsafah Hindu. Pada tahun 1958, Sekolah Menengah (Tamil) Vivekananda telah ditubuhkan dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pengetua pertama sekolah adalah Encik M T Pillai (1960-1962). Pada tahun 1960, sekolah ini telah ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Vivekananda. Pada tahun 1965, Blok B sebuah bangunan tiga tingkat yang terdiri daripada dua makmal sains dan perpustakaan telah dibina. Di samping itu, Blok A, sebuah bangunan empat tingkat yang terdiri daripada dua lagi makmal sains, bilik guru, pejabat dan 12 bilik darjah telah dibina pada tahun 1977.

Pada tahun 1985, buat kali pertama dalam sejarah sekolah, sekolah ini mempunyai lagu sendiri dicipta oleh Mr.Roslan b. Che Pee dan lirik ditulis oleh Lee Swee Yin. Pada tahun 1986, sekolah ini telah dinaik taraf ke sekolah gred A. Penambahbaikkan telah dijalankan ke atas infrastruktur untuk pelajar dan juga untuk guru-guru seperti sudut bacaan, Makmal Komputer, Bilik Seni, Bilik Mesyuarat, Perpustakaan dan banyak lagi.

Sehingga kini, sekolah ini telah menyaksikan 14 pengetua bermula dari En.M T Pillai (1960-1962), Pn.IG Yogam (1962-1964), En.K. Purushotaman (1964-1979), En.G Ramalingam (1980-1983), En.B.A. Deimudu (1983-1988), Pn.Patmavathy Chee (1988-1989), En.R.Ganesan (1989-1998), Pn.Suseela Nair (1998-1999), Pn Pushpa Leela Mahalingam (2000-2004), Pn.Sumam Chandra (2004-2007), Pn.Yogarathai C.Nagalingam (2007-2011), En.Mohgan Shamugam (2011-2015), Pn.Krishna Kumarie Naidu (2016) dan akhirnya Mr.Thangaperumal Andimuthu AMW (2016 – kini )

Sekolah ini menawarkan pendidikan menengah rendah dan menengah atas dalam dua sesi. Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua dijalankan pada sebelah petang, di mana Tingkatan Tiga hingga TingkatanLlima dijalankan pada waktu pagi. Pada tahun 2014, sekolah ini juga telah mula untuk menawarkan Tingkatan Enam yang merupakan pendidikan Pra-Universiti.